Yeongjo dari Joseon
Yeongjo dari Joseon

Yeongjo dari Joseon

Yeongjo dari Joseon (31 Oktober 1694 - 22 April 1776, memerintah 16 Oktober 1724 - 22 April 1776; Jawi: يوڠجو دري جوسون) ialah raja ke-21 Dinasti Joseon Korea. Baginda ialah putera kedua Raja Sukjong. Ibundanya ialah Permaisuri Suk dari klan Choi. Sebelum menaiki takhta, baginda memegang gelaran Putera Yeoning. Pada tahun 1720, beberapa bulan setelah kakandanya, Raja Gyeongjong, menaiki takhta sebagai Raja ke-20, Yeoning menjadi Saudara Pengganti Putera Diraja (wangseje, 왕세제). Ini menimbulkan kontroversi besar antara puak politik. Walaupun demikian, empat tahun kemudian, setelah kemangkatan Gyeongjong, Yeongjo naik takhta.Pemerintahan Yeongjo berlangsung hampir 52 tahun dan terkenal dengan usaha gigihnya untuk memperbaharui sistem percukaian Joseon, memerintah mengikut etika Konfusianisme, meminimumkan dan mendamaikan perselisihan puak di bawah Dasar "Keharmonian Hebat" (Tangpyeong, 蕩平, 탕평). Pemerintahan baginda juga ditandai dengan penghukuman ke atas anakandanya yang sangat kontroversial, Putera Sado, pada tahun 1762. Walaupun terdapat kontroversi, pemerintahan Yeongjo telah memperoleh reputasi positif dalam sejarah Korea kerana usaha tulusnya untuk memerintah mengikut nilai-nilai Konfusianisme.